"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Friday, May 28, 2010

Ada Apa Dengan BUDU???




Entri kali adalah berkisar mengenai hal pemakanan , Budu, iaitu sejenis sos yg selalunya dimakan dengan hidangan nasi cukup digemari dan sinonim oleh sebahagian besar penduduk pantai timur amnya, dan Kelantan khususnya. Kandungan utamanya adalah diperbuat daripada pati ikan bilis. Melalui kajian yg dilakukan oleh pakar pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika, Australia dan Jerman, Budu didapati mempunyai perlbagai kelebihan, sebahagiannya termasuklah :

1) Memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (imunisasi) yg dapat memerangi perlbagai penyakit berbahaya dan mampu menghalang kanser.

2) Berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat awal.

3) Mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

4) Memiliki zat gizi yg lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubub berbanding jenis protein yang lain.

5) Mampu mengatasi masalah kanak2 yg menderita penyakit diare akibat kurang zat pada tubuh. 

6) Merangsang sel2 otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron2 serta menguatkan neuron2 yg lemah.

7) Membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak2 dan org dewasa.

8) unsur genestein dan phytoestrogen yg terdapat, mampu mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

9) Pengambilan sebanyak 150gm sehari selama 2 minggu dpt menurunkan kadar kolestrol.

10) Mempunyai kandungan protein dan serat yang tinggi.


p/s: jadi ape korg tggu lagi? Minumlah BUDU sebelum terlambat..hehehe :p

5 comments:

  1. Budu tu memang sedap la. Kadang-kadang makan nasi kosong dengan budu pun dah puas hati.

    ReplyDelete
  2. biar btol?? makan budu kosong ker? x pernah cube.. yg bez nyer bila ada budu yg diperah dgn limau + lada yg pedas 2,3 biji... pastu dicecah dgn ikan singgang. pergghh!! simply delicious of kelantanese delight....

    ReplyDelete
  3. nur : mane ade gatal..salah pilih tuu..

    syed : hish kemu ni..segan2 plak..kan ke kamu yg habiskan budu kt cafe ukc1 tuu..?? hehe..

    ReplyDelete

U also may like:

Related Posts with Thumbnails