"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Tuesday, January 17, 2012

Kenapa Saya x suke update BLOG

SALAM..

dah la lama menyepi.. tup2 post entri ni... memang awesome la

Sorry guys sebab dah lama tak update blog

Sebab apa?? Tu la yang diceritakan..lol~

Ingatkan nak biar je blog ni berlumut, berkulat jer... tapi bila buka balik...pergghhh! nostalgia tuu... (la sangat kan)

Hampir2 dah buat blog baru...tapi macam nk teruskan dengan yang ni jer... so tengok la camane dulu..




So...back to the title;

kenapa yer??




sebab utama...

i cant stay too long in front of lappy

because... my eyes got tired easily and dry


plus...i'm a spectacle man..i got quite a high power so that i cant get rid of my spec if i want to look on something..sincerely i dont like wearing it. Its not that... i'm not regretful but just wanna express my feeling.

Spec... it gives me such a discomfort whenever i need to stay up long in front of lappy..

it makes my skin oily..

and i need to adjust my glasses..i mean always ( u know it.. if u were in the same boat with me) ..

yeah...surely i can stay BUT when necessary... such as; doing assignment and looking for sources...

i think lasik is the solution.. isn't it guys??




p/s: i got the point..uh?


Friday, June 24, 2011

K-Drama review: SIGN

Hari ini nak buat post pasal K-Drama review la pulak.
Banyak juga drama2 Korea yang inspiring dan bukan sekadar hiburan semata2.
Ye lah, kalau nak dibandingkan dengan apa yang kebanyakan cerita yang dipaparkan di tv sekarang ni, hanyalah sekadar hiburan…cinta…cinta..dan cinta.
Tak habis2 dengan dunia fantasi yang manusia buat. 
Kadang2 tu naik mual juga tengok cerita2 ni… dengan plot yang hampir sama, dialog yang seakan serupa. 
Kurang habis pun yang boleh mencetus minat ialah cerita2 bergenre seram. 
Sangat jarang cerita2 melayu yang memberi sumber pencetus inspirasi kepada belia zaman sekarang.
Ok, Itu pendapat peribadi lah. Mungkin pendapat orang lain…ada perberbezaan. Terpulang kepada selera masing2 :-)

Okey…straight to the point.


 Cerita Sign ni lepas tengok, memang best. Tak rugi rasenya mendownload. ;p
Baiklah…teruskan dengan synopsis yer;

Sinopsis:
Ini synopsis apa yang dilihat….cerita ini berkisar mengenai dunia forensic yang ada corruption. Pihak atasan terpaksa mengeluarkan maklumat palsu bagi mengekalkan reputasi Pusat tersebut. Pusat ini telah diwujudkan agak lama dan memerlukan sumber modal oleh golongan yang berpengaruh, iaitu politician. Disebabkan terlalu inginkan status sebagai Pusat yang berprestij, maka setiap kes yang terlibat dalam dunia politik akan dipandang sebelah mata oleh orang atasan Pusat tersebut. Walaupun ada kes2 yang melibatkan golongan biasa, namun Pusat tersebut tak mahu menanggung apa2 risiko yang akhirnya kemungkinan akan merugikan dan merendahkan prestij mereka. Oleh itu, sebarang kes2 yang dilihat sebagai kes yang sukar, dipalsukan supaya menjadi kes yang biasa. Namun, cerita ini hadir dengan seorang penegak keadilan yang mahu membongkar akan segala corruption yang berlaku dalam Pusat tersebut. Bagaimana agaknya? Mampukah dia melawan pihak atasan? Kadang2 ada juga perkara yang perlu dirahsiakan….:-)  
(xleh gitau lebih2 nanti xbez plak hehe..)

Komedi:
Ada juga babak2 yang mampu membuat penonton tersenyum, tersengih dan tergelak sesorang…maknanya citer ni xde la serius memanjang…..

Romance:
Ada juga scenes yang berunsur ala2 romantik..tetapi tidaklah keterlaluan..bukan macam citer omputih…;p

Action:
Ada certain babak yang memaparkan aksi pergelutan yang tidaklah extreme….ok jer…boleh layannnnnn~

Personal Rating:
Nak bagi brape yer??? 
4.5/5 stars…ok x? 
Bez jer citer ni…plot die pun menarik..tapi ending dia macam sad ckit :-( ..hu3~ tuu yang bagi rating kurang 0.5 tuu…ha3

Nak tahu lagi lanjut???
Kat bawah ada sample 1minit….
sample ni x memaparkan synopsis keseluruhan..
tapi just view pendahuluan cerita jer…xde trailer.
Ok…selamat menonton :-)

video 

 sesape yang nak citer full..ada 12episod semuanya…leh la download yer..or dijual dengan harga RM19.90 jer…sape2 nak leh la PM ok….hahhaaa3~

Wednesday, June 22, 2011

kudapan : Puding Roti dgn Sos Vanilla

Hermm... pernah x time relek2 kat rumah tuu korang terfikir nak makan ape petang nanti?
Haa...kalau camtu apa kata try puding roti ni
Senang nak disediakan, bahan mudah didapati...
JOM...

Bahannya:
3 cawan susu segar (saya gune 2 cawan jer sbb xnk buat byk)
3 biji telur (saya gune 2 jer)
3/4 gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula kasar (gula biasa)
1 buku roti gardenia/hi5 or etc (saya gune dlm 10 keping jer kot)
Kismis untuk hiasan (saya gantikan dengan hirisan ceri merah)
sedikit garam (saya tambah sendiri)

caranya:
1) hiris bahagian kulit tepi roti
2) potong roti tadi kepada bahagian yang lebih kecil (ketepikan kejap)
3) pecahkan telur, masukkan susu, gula kasar, gula perang & esen vanilla...kacau sehingga sebati
4) masukkan roti tadi ke dalam campuran yang siap dikacau dan biarkan hingga ia kembang
5) sapukan loyang dengan mentega untuk elakkan daripada melekat apabila masak (saya guna marjerin jer)
6) masukkan adunan roti ke dalan loyang dan ratakan
7) tabur kismis (atau ape2 jer mengikut krerativiti) sebagai hiasan
8) bakar adunan pada suhu 160 darjah Celcius selama 40-50 minit atau sehingga ia naik


Bahan untuk Sos Vanilla:
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
secubit garam

Caranya;
1) campurkan kesemua bahan di atas ke dalam kuali/periuk menggunakan api perlahan. Bahan hendaklah dikacau dengan kerap untuk elakkan daripada hangus. Biarkan bahan jadi sedikit pekat
2) selepas mendapatkan kepekatan yang sesuai...tuangkan sos ini ke atas puding yang siap dibakar tadi. 

ihsan dari Mr. Google

tak dapat nak ambil gambar yang sendiri buat coz tak cantik.. :-(
tersalah masukkan gula 1 1/2 cawan...jadinya sos vanilla yang teramat manis..hu3~ 
anyway....selamat mencuba. ;-)

Saturday, May 28, 2011

Lagi Bahana Spam : Cegah Sebelum Merebak!

"Asyik2 kene spam! Spam...spam...dan spam!!" dengusnya kasar.
"Dah takde keje agaknya dorg ni asyik hantar mende yang x berfaedah baik kepada bangsa mahupun negara" bebelnya sendirian.

Ya! Sekiranya anda seorang yang aktif menggunakan sebarang khidmat online (x kira la untuk apa jua urusan; baik membayar bil, membeli barangan & etc), inbox anda tidak akan terlepas daripada belenggu SPAM!

Anda suka shopping secara online?
Suka x??
Mesti suka kan? kan?? 
Iye laah...dah la xpayah susah2 beratur panjang, malah xperlu nak bazir masa untuk membeli barangan kesukaan kita. Apatah lagi, barang yang dibeli sampai betol2 depan rumah kita, bak kata orang putih; "we will deliver right to your doorstep" gituuu.

Kali ini, suke (xsampai tahap pecah perut lagi) nak berkongsi sedikit sebanyak info pasal SPAM kepada kekawan yang suka membeli barangan secara online.

Haaaa!!
Klau kamu beli barangan online, x lengkap rasanya kan kalau penjual tersebut x memberi tracking number. Betul x??
Disamping kemudahan untuk mengesan lokasi terkini barangan yang dibeli, ia juga menunjukkan bahawa penjual sudah menge-poskan item tersebut.

Tapi....Hati2!
Sekiranya tetibe jer muncul pulak kat inbox tu, email dari courrier service menyatakan bahawa barangan kamu akan sampai dlm masa 7 hari bekerja (selalunye la), bla3 bla3...pastu siap attached file lagi tuu..
Itu mungkin.....VIRUS!!!

Ce tengok contoh di bawah;
               1)

            2)
              3)


Haaa!!
Macam mane?? Ada something wrong x? Suspicious x??
Walaubagaimana pun, memang ada sesetengah courrier ada attach kan file (iaitu gambar item), akan tetapi,
sebelum pihak courrier itu menghantar ape jua email kepada clients, company tempat item kita beli tuu, akan bagitau kita dulu sal tracking number & bukannya courrier service tuu sendiri (selalunya begini laa).

Contoh yang betul

Beginilah...
Selalunya syarikat/individu terbabit akan gitau kita dulu sal tracking number & ape2 jua maklumat psal produk. 
Jadi..
Disebabkan hilang kesabaran kita (ye ler..barang baru beli semalam, pastu nak suruh sampai pagi esok...mane ler logiknya..yer x?), kita akan tertipu dengan mudahnya terhadap pelaku cyber crime ini.

So??? Klau klik kat attached file tuu..ape jer yang virus tuu boleh buat?? Lappy saya dah ada anti-virus what???!
1) Baguih ler kalau dah ada anti-virus, tapi make sure update yer...kalau ada tapi x ber'update' pun...virus tuu possible leh attack gak.
2) Virus tuu mungkin akan menyemak kat data pc/lappy kamu..menyerabutkan lagi...lagi...dan lagi...dan seterusnya akan menyebabkan sistem pc kamu tuu lembap. Pastu, mula ler kuarkan kata2 yang bukan2 (ish3 "=,=)
3) And the worst would be...virus tuu akan cari hidden data, yang macam ada kat 'cache' tuu..kat situ ada segala  online history kamu..x terlepas adalah banking data juga

Errmmm??? Cane saya tahu mende2 alah ni semua???
1) Sebab saya sendiri dah kena!
2) Walau saya xbli pe2 produk online pun, ada plak emal2 cenggini menyibuk kat inbox. Nampok sangat nipunyer!!


Ok then...thats all for this entry, hope you guys would take some lesson from it. Thanks for your time. ^^



Thursday, May 26, 2011

Bahana Spam: Cegah Sebelum Kena!

Korang ada akaun bank x? 
Akaun bank korang boleh gune secara online??
Ya, rata2 perkhidmatan bank sekarang mmg dilengkapi dgn sistem online, bagi memudahkan urusan org rmai. 
Tapi....
Korang confident ke dgn keselamatan mende2 online gni?? 
Errmmm~
Ya (100%)? Mungkin x (50%)?? atau Mmg x percaya lgsg (0%) ???!

Benar...
Perkhidmatan yg disediakan mmg bersesuaian dgn aliran semasa.
Dengan wujudnya sistem ni, kita leh bayar bil, topup, bayar tax & bla bla lagi lahh kan tanpa kompromi atau beratur panjang semata2 utk byr something. x leceh lg kan??
Namun...
Dalam kita mengecapi kesenangan dan kecanggihan sistem teknologi ni, jgn lupe pula pasti ada mata2 liar yg mungkin mencari peluang utk grab kesemptan terhadap aset anda! Exactly, your saving money!

JADI.....
inilah hasilnya


DAN...
Seandainya korg klik pada link tsebut (yg dibulat merah)..maka korg akan dipaparkan dgn web yg sebijik sama dgn official web
TETAPI...
berlainan web address....
ANDAI..
korg ikut jer arahannya....
MAKA..
duit simpanan korg akan lesap, walau x semue, tetapi cukup untuk membuatkan minda anda tercedera teruk!

Ini sajalah spam ala2 bank yg sempat menyelinap masuk ke inbox. Ada lagi bank2 yg sering mnjadi mgsa cthnya: Maybank, Cimb & etc

Modus operandi nyer same shj seperti yg diatas....
SEBAB...
Dorg nak amik user ID & password bank korg...klau dh dpt, maka jawabnya gembira sakanlah dorg yg berhati busuk itu utk meneruskan niat durjana lagi keji itu....

HENCE...
nasihatnya
1) Jgn terus percaya terhadap sebarang email yg memerlukan korg mengisi butir peribadi mgnai akaun bank atau  yg sama waktu dengannya
2) Sebaik2 nya telefon, bertanya & laporkan ke pusat perkhidmtn pelanggan bank korg tuu sekiranya wjud was2 thadap sebarang info yg korg dapat

SEKIRANYA...
Aiyoo...korg dh terkena?? Macam mane ni???
1) telefon bank korg tuu...& minta dorg stop kan terus sebarang transaksi berkaitan dgn akaun korg..jadi dgn cara ini sbrg trnsaksi yg berkaitan akan di blok automatically
2) Inform kt bank pasal masalah yg melnda korg tuu supaya pihak bank dpt mbantu korg utk detect seabarg trace penjenayah cyber yg licik lagi dibenci ramai itu

Ok laa...itu sahaja yg mampu dikongsi...harap dpt mberi info serba sdkit...tq~ :-)

U also may like:

Related Posts with Thumbnails