"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Wednesday, June 22, 2011

kudapan : Puding Roti dgn Sos Vanilla

Hermm... pernah x time relek2 kat rumah tuu korang terfikir nak makan ape petang nanti?
Haa...kalau camtu apa kata try puding roti ni
Senang nak disediakan, bahan mudah didapati...
JOM...

Bahannya:
3 cawan susu segar (saya gune 2 cawan jer sbb xnk buat byk)
3 biji telur (saya gune 2 jer)
3/4 gula perang
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula kasar (gula biasa)
1 buku roti gardenia/hi5 or etc (saya gune dlm 10 keping jer kot)
Kismis untuk hiasan (saya gantikan dengan hirisan ceri merah)
sedikit garam (saya tambah sendiri)

caranya:
1) hiris bahagian kulit tepi roti
2) potong roti tadi kepada bahagian yang lebih kecil (ketepikan kejap)
3) pecahkan telur, masukkan susu, gula kasar, gula perang & esen vanilla...kacau sehingga sebati
4) masukkan roti tadi ke dalam campuran yang siap dikacau dan biarkan hingga ia kembang
5) sapukan loyang dengan mentega untuk elakkan daripada melekat apabila masak (saya guna marjerin jer)
6) masukkan adunan roti ke dalan loyang dan ratakan
7) tabur kismis (atau ape2 jer mengikut krerativiti) sebagai hiasan
8) bakar adunan pada suhu 160 darjah Celcius selama 40-50 minit atau sehingga ia naik


Bahan untuk Sos Vanilla:
1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
2 1/2 cawan air
2 sudu besar tepung kastard
secubit garam

Caranya;
1) campurkan kesemua bahan di atas ke dalam kuali/periuk menggunakan api perlahan. Bahan hendaklah dikacau dengan kerap untuk elakkan daripada hangus. Biarkan bahan jadi sedikit pekat
2) selepas mendapatkan kepekatan yang sesuai...tuangkan sos ini ke atas puding yang siap dibakar tadi. 

ihsan dari Mr. Google

tak dapat nak ambil gambar yang sendiri buat coz tak cantik.. :-(
tersalah masukkan gula 1 1/2 cawan...jadinya sos vanilla yang teramat manis..hu3~ 
anyway....selamat mencuba. ;-)

6 comments:

  1. Ya Allah, tq sbb post benda ni. jangan delete eh. nt ak nak salin. haha..skrg ni ak exam lg.

    ReplyDelete
  2. iyaa..bisa diatur...gue bukan minat mendelete2 post nih...kah33... haa!! nyempat lagi nk exam tgk blog yer... anway..gud luck ;)

    ReplyDelete
  3. great!!ad resepi best2 share la lg...:)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah...
    kene cuba dlu baru bley post..
    thnks~

    ReplyDelete
  5. Menjadi ke cubaan ko? klu menjadi sruh ko buat je r utk aku.. hahah.. ak xde peralatan.. heheh.. *alasan~

    ReplyDelete

U also may like:

Related Posts with Thumbnails