"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Thursday, May 12, 2011

A piece of advise from the 2nd-richest-man in the world

I got this while I was browsing..it is such an inspiring article especially the last part..so, just wanna share with u guys… hope u like it

Live Life to the Fullest…………

There was a one-hour interview on CNBC with Warren Buffet, the second richest man who has donated $31 billion to charity. Here are some very interesting aspects of his life:

1. He bought his first share at age 11 and he now regrets that he started too late!

2. He bought a small farm at age 14 with savings from delivering newspapers.

3. He still lives in the same small 3-bedroom house in mid-town Omaha that he bought after he got married 50 years ago. He says that he has everything he needs in that house. His house does not have a wall or a fence.

4. He drives his own car everywhere and does not have a driver or security people around him.

5. He never travels by private jet, although he owns the world’s largest private jet company.

6. His company, Berkshire Hathaway, owns 63 companies.
He writes only one letter each year to the CEOs of these companies, giving them goals for the year. He never holds meetings or calls them on a regular basis.
He has given his CEO’s only two rules.

Rule number 1: do not lose any of your shareholder’s money. Rule number 2: Do not forget rule number 1.

7. He does not socialize with the high society crowd. His past time after he gets home is to make himself some pop corn and watch Television.

8. Bill Gates, the world’s richest man met him for the first time only 5 years ago. Bill Gates did not think he had anything in common with Warren Buffet. Therefore, he had scheduled his meeting only for half hour. However, when Gates met him, the meeting lasted for ten hours and Bill Gates became a devotee of Warren Buffet.

9. Warren Buffet does not carry a cell phone, nor has a computer on his desk.

His advice to young people: “Stay away from credit cards and invest in yourself and
Remember:
A. Money does not create man but it is the man who created money.
B. Live your lives as simple as you are.
C. Don’t do what others say, just listen them, but do what you feel good.
D. Don’t go on brand name; just wear those things in which u feel comfortable.
E. Don’t waste your money on unnecessary things; just spend on them who in need rather.
F. After all it’s your life then why gives chance to others to rule our life.”

Copied from : http://duit9.wordpress.com/2011/03/17/pesanan-orang-kedua-terkaya-dunia/ 


Friday, April 29, 2011

Cutiiiiiiiii....

Memandangkan cuti yg agak panjang sempena dgn pelarasan cuti utk semua IPTA dlm Malaysia tanah tempat tumpah darah ku ini... 
Jadi...aku mula terfikirkan perancangn..suatu rancangan..yang entah jadi entah tidak...dah nama pun prancangan kan??
Lalu aku mula memutar-mutarkan kotak pemikiran aku utk berhenti seketika bersama kewarasan yg  aku ada utk menilai tentang cuti ini (situasi ni sering berlaku time2 nk exam)..
Dalam kewarasan yg aku ada... lalu aku ter'plan' la something... iaitu;

Plan A : Cari Kerja
Alamak! kerja pe yg sesuai dgn aku nii??? 
Pizza? Kfc? Secret? cashier? Waduh...penat nii.. (memandangkn sblm ni pun aku x penah keje part-time..time tggu SPM pun aq xtau cane aku leh habiskn masa aku tuu...nk kata habiskn beras kt rumah..x jugak habis2 nyer...) 
Nak keje yg gaji best2 jer...tapi malas...hehehe...ade ker??
Errmm... suggestion??

Plan B: Bisnes
Haaa!! part ni aku suke... dh lama sbnrnya nk berkecimpung dlm bidang nii..cuma keterbasan idea2 yg bernas dan masa jer.. hehehe...walaupun bukan secara besar-besaran tapi cukuplah sekadar utk menimba pengalamn...pengalaman tu lebih berharga bukan???
Jadi....persoalannya...
Bisnes ape aku mampu buat??? lets keep it secret for a while..coz its not done yet...45% in progress...tapi stkat hari ni... aku try la endorse & test market... masih x ckup publicity agaknyer~ *sad*

Plan C: Blajar Bahasa
Agak lama jugak fikirkan mende nii... berminat nk blajar bahsa Cina...tapi kan...slalunyer ambik masa brape lama eh?? Risau jga klau2 ada semangat tapi sesi pembelajarannya hampeh...sgt2 lah x berbaloi kan??~omo!~

Plan D: Melancong
Ahahahaah....ni pun bez sbnrnya.. byk kebaikan.... leh menyegarkan minda kan? kan?? 
Tapi...1je masalah nyer...fulus x izikan aku pergi...Waawaaaa!! Byk jer tempat2 mnrik yg berlegar2 dlm minda ni sehingga terbawa2 ke alam mimpi pula tuu... tapi apakan daya... berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya~ *sigh
moral of the story???
>>>>which one is better???


Thursday, April 28, 2011

Suara Kesengsaraan

Ingin ku jengah memori semalam,
Saat tawa diselit gurauan,
Kala hiba ada peneman,

Bila ku selak detik nan silam,
sebuah mimpi yang lama kupendam,
Ingin benar ku jadikan kenyataan,

Bagai bermula cerita kehidupan,
Kemilau mentari dibayangi awan,
Andai mampu ku melawan,
Tidak ku di sini keseorangan,

Peritnya sehiris kenyataan,
Mencincang jiwa tanpa kasihan,
Bagai kehilangan arah tujuan,
Hari esok penuh kemungkinan,

Kepada-Mu Ya Rabb tempat bermohon,
Agar dikembalikan sinar yang kelam,
Menerangi sebuah perjuangan,
Yang masih tidak kesampaian,
Mohon diberi ketenangan,
Menunjuki setiap kesesatan,
Agar tidak tersasar sebuah perjalanan,

Satu jiwa penuh kedaifan,
Sujud kepada-Mu tanda penyerahan,

Andai mampu aku meluahkan,
Seluruh alam bisa diperdengarkan,
Selembar kepahitan yang ku pendam,
Pada malam disulami kesayuan,

Saat merintih suara kesengsaraan,
Secarit luka tiada penyembuhan,
Agar diperbaiki seulas kesilapan,
Menjadi pemangkin dalam kehidupan,

Pasti ada rintangan di hadapan,
Iman di dada minta diperteguhkan,
Andai ada duri yang menyakitkan,
Tidak mudah ku melenting kesakitan,

Aku juga seorang insan,
Yang penuh dengan kekhilafan,
Apakah salah untukku merasakan,
Indahnya sang angan-angan,
Yang menarik lengan-lengan impian,
Di tepi sebuah pengharapan...


~nukilan sukma~
(sekadar ingin mengabdikan di blog)


Monday, April 11, 2011

Yuk....update yuk!!

Assalamualaikum smueee....

Hehehe....buat julung2 kalinya blog ini di update.

Walaupun dh hampir 3 bulan meninggalkan daerah blog ini, namun hari ini terasa terpanggil untuk menaip lantas meng 'update' kan blog ini...

Dah berhabuk rupanya wall aku nii....fuh..fuhhh!!

Sebenarnya xde ape2 pun yg nak share..even mmg byk idea yg nk dishare *wink2*...

Tapi disebabkn kekangan waktu untuk exam..maka keterbatasan ini wajar menjadi alasan mengapa aku x letakkn ape2 yg menarik untuk dibaca... (sedey nyer...)

Tapi jangan risau,,,

Exam akan habis dalam 3-5 hari jer lagi.... harap bersabar yer semuaaaa....

Just...kalau ada kelapangan waktu...doakan diri ini & sahabat handai yg lain utk terus excel dlm exam yg mendatang... jadual nya adalah seperti berikut;


RABU : MICROBIOLGY (essay) 9am-11am


SABTU :  (common MCQ paper) 2.30pm-3.50pm
1) MICROBIOLOGY
2) BIOCHEM
3) PHARMACEUTICAL ANALYSIS
4) PHARMACOLOGY



BEST OF LUCK TO MY FRIENDS.... ganbate kudaisai!!!



Friday, December 31, 2010

Kasih Sayang Ayah.....

Lakaran garisan diwajahnya yang timbul setiap kali melonjak kepada usia baru sudah cukup memberi erti kepada kegigihan malah kesungguhannya untuk mendidik anak sendiri.

Tiada yang diimpikan,melainkan melihat anak sendiri berjaya dalam semua prospek mahupun duniawi ataupun akhirat. Kehilangannya,kerukunan institusi keluarga itu mungkin akan sedikit longgar.

Dialah ketua, dialah idola, dialah segala-galanya. Dialah bapa. Bapa yang merupakan peneraju bagi anak-anak mahupun isteri untuk berlindung.

Dia tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya,yang dapat mengirimkan bacaan doa kepadanya apabila dia tiada nanti, yang sentiasa melakukan kebaikan untuk nusa dan bangsa. Adakah kita seperti yang dia inginkan?

Renungkan sejenak, mengambil semula nostalgia lama, menghirup semula memori dahulu, adakah kita pernah melukakan hati dia? Sering ingkar akan arahannya? Adakah kita tidak berfikir, kesukarannya dulu menjaga kita diwaktu kecil, bersengkang mata bagi memastikan kita nyenyak, mengikat perut demi memastikan kita tidak kelaparan, malah memberikan keselesaan kepada kita dengan memberikan segala-galanya yang kita inginkan. Segantang emas belum tentu dapat menebus semula pengorbanan yang telah dia lakukan. Teramat besar pengorbanannya.

Tiada bapa yang mahu melihat anaknya ketagihan dadah, yang mahu anaknya menjadi penipu, yang mahu anaknya menjadi pengemis. Dia cuma mahu anaknya menjadi seorang yang berguna, yang dapat menimbulkan gelora bangga dan kesyukuran kerana pengorbanannya mendidik kita tidak sia-sia.

Mari kita tepuk dada sejenak, bertanya kepada diri sendiri, apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menjadi anak yang dapat membanggakan dia? Adakah kita pernah berusaha sedemikian rupa? Atau kita sekadar berusaha untuk kekasih hati kita yang bila-bila masa akan meninggalkan kita? Fikirkan!

Rata-rata timbul disetiap pelusuk dada-dada akhbar,memaparkan kesalahan sosial golongan kita pada masa kini yang setiap saat ada sahaja timbul isu yang baru.

Isu pembuangan bayi masih belum-belum lagi berhenti, masalah dadah, mencuri, bahkan membunuh ibu bapa sendiri. Inikah diri kita yang boleh dikatakan dapat membanggakannya? Berlinang air matanya apabila melihat anak sendiri terlibat dalam masalah sosial, bergolok gadai mengupah peguam dirinya demi memastikan anak sendiri bebas dari penjara, tetapi setelah bebas, kesalahan yang sama masih dilakukan.

Bagaimana kita hendak membalas jasanya,sedangkan diri sendiri masih di awangan? Permasalahan sosial ini bukan berpunca dari kita semua, tetapi hampir semua, yang dari setiap detik semakin membarah dari hari ke hari.

"Ya Allah jadikan kami ini tergolong dalam anak yang sering mengingati jasa ibu bapa kami,yang sering patuh kepada mereka selagi mereka tidak menyuruh kami melanggar perintah-Mu."

- Artikel iluvislam.com

U also may like:

Related Posts with Thumbnails