"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Monday, June 28, 2010

It was a CAKE robbery???!



Seperti tajuk di atas, mula2 dgr, gua sdiri pun pelik.. mmg pelik, tapi benar! Leh masuk rancangan 'Repley's  Believe it or not'. Insiden ni mmg 'based on the true story' gitu.. Ia benar2 terjadi di tmpt member gua yg sememangnya kerja part-time kat situ. Kat mana?? Dah sah2 la kedai kek kan..kedai ape lagi yg jual kek klau bukan ..( ~blank~).. paham2 jer laa. Kedai ni mmg famous dgn kek. Gua pun suka makan kek2 kat cni..boleh men' chubby' kan tubuh badan...lagi best klau ada yg sudi belanja... *wink2!

Ok, berbalik kepada kisah tadi, gua pun hairan jugak kenapa dorg sanggup 'mengambil kek tersebut tanpa kebenaran rasmi' coz segala jenis harta yg ada kat dalam kedai itu tidak di usik pun..(baik sungguh dorg ni). Rasenya mmg dorg plan nk ambil kek jer. Dorg ni boleh diiktiraf sbg 'pekerja' yg tidak makan tulang. Kalau disuruh A, A lah yg dorg buat. B-Z mmg tak amik pusing. Berdasarkan pengamatan gua, dan perbincangan serta dianalisis oleh akal yg nakal ini..maka wujud lah teori gua , antaranya : 
 
1) BIRTHDAY PARTY :
Kemungkinan pada waktu itu, dorg terlupa (dek hal2 yg x dpt dielakkan) utk beli kek      sempena hari jadi mber dorg. So, dlm kekalutan mereka keluar lah mencari kek tersebut. Menjelang lewat malam, semua kedai kek sudah tutup. Lalu, mereka berhenti di hadapan sebuah mall. Memandangkan mall ini mempunyai kedai kek yg sungguh lazat, dorg pun sepakat nak masuk. Time tu dah la ngantuk, coz dah lewat malam, dorg pun terbuat keputusan di luar kawalan diri untuk mengambil ajer kek tersebut tanpa kebenaran oleh pihak berkenaan.

2) BREAKING THE HABIT :
Korang perasan x yg selalunya, kbykan kes rompakan adalah bermotifkan items yg laku untuk diperdagangkan mcm duit, emas, kereta , etc.. So, bagi memecah tradisi dan ingin membuktikan bhw dorg boleh membuat rekod baru dalam sejarah rompakan kat Malaysia ni, dorg pun buat leh plan ni. Errm.. kiranya dorg ni berinterlektual jugak lar yer coz mampu membuat kelainan sblm tindakan.

3) CAKE-ADDICT :
 Kemungkinan dorg ni dalam kalangan 'penagih kek tegar' kot.. Maybe, pada waktu itu ketagihan mereka dah mencapai tahap tertinggi. Sebab itu mereka sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan kek tersebut.


Begitulah serba-sedikit teori yg mampu gua coretkan setakat ini. Tapi korg semua kena ingat tau.. sebab dlm byk2 mende kt dunia ni, bab2 makanan lah yg xleh di pandang enteng or dipandang ringan coz semuanya bermula dgn makanan. Dan makanan itu sendiri lah yg mencorak diri korg nt. Kalau halal lah punca pencariannya, bahan yg digunakan, dan atas tujuan yg baik...maka InsyaAllah makanan tersbut diberkati-Nya. Kalau sebaliknya pula, rasenya korg pun dah boleh agak apa yg akan terjadi kan?? kan kita dah blajar 'Adab Makan' since lower-2ndry school lagi.. So, beware of what u eat.  
                  
                                                            Coz u r what u eat!!



p/s : segala penceritaan di atas hanyalah tujuan ilustrasi sahaja, tiada kene mgena yg hidup, pengsan, tidur mahupun yg sudah tiada. Harap maklum!

3 comments:

U also may like:

Related Posts with Thumbnails