"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Wednesday, September 8, 2010

Andai Hari ini...

Andai hari ini terakhir buat diriku ..
ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu ..
agar semadinya aku dalam keimanan ..
dilandasan kasihmu Tuhan ..
yang tiada berpenghujung ..
andai hari ini terakhir buat diriku ..
akan kuhabisi saat-saat yang tinggal ..
hanya menghadap Tuhan yang Satu ..
agar gugurnya dosa yang lalu ..
bagai dedaunan kering berguguran ..

Andai hari ini terakhir buat diriku ..
janganlah ditangisi takdir itu ..
kerna tangisan itu tidak mengembalikan diriku lagi ..
dan ingatlah ..
setiap yang hidup pasti akan menemui mati ..
itulah janji yang ESA pada ummatnya ..

Andai hari ini terakhir buat diriku ..
hanya kenangan sajalah yang tinggal ..
kenanagan yang diukir bersama semua ..
biarlah kenangan itu terus segar
disetiap ingatan insan yang mengenaliku ..

2 comments:

U also may like:

Related Posts with Thumbnails