Apa yg akan aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman yg aku sdiri lalui...like saying goes, "based on the true story". Apa2 peristiwa yg tertulis di sini, aku tidak berniat utk mengaibkan sesiapa, jauh sekali utk menjatuhkan mereka. Segala rentetan hanyalah utk dikongsi kpd anda semua utk mengkaji dan menganalisis berdasarkan pemikiran rational & kewarasan masing2. Supaya apa yg telah berlaku menjadi iktibar kepada anda smua dan renungkan akan betapa bijaknya hidup ini. Yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan.
KES 1:
Dulu, salah sebuah telco ni ada buat promotion. Boleh dikira syarikat ini masih baru dan menjadi brainchild kpd salah sebuah telco yg terkenal di negara ni. Promosi dia: cakap lama2 tapi bayar mmg murah abis! Aku pun, apa agi..mcm bez jer kan..aku pun nk try ah jugak. xtau kenapa padahal telco yg aku guna skg ni dah ok. Sesaje gatal2 tangan nk try something new. Perhaps, tu salah satu sebab la. Sebab yg len, simcard telco ni leh dibeli secara online, tu yg bez tuu..xyah susah2 aku nk g cari kt kedai2 yg blum tentu leh jumpa.
Then aku pun fill-up lah segala kejadah personal details yg ada. Biasalah. Procedure nk beli secara online mmg gitu. Pastu dia kata lah maybe dlm 3 hari bekerja smpai la kat aku. Ok.
Lepas 3 hari...
aku dpt call, courier tuu tanya aku kt mana. Aku pun cakap lah kt PJ. CFS. (time tu tgh sem3 kot). Aku tanya pkul brapa bley smpai? Dia jawab dlm tengah hari. Dia suh aku tggu. Aku jawab, "mana boley bro, sesuka ati je nk tggu..ada kelas ni. Klau smpai call jer, ok?". Ok-dia jwab. Dalam kelas, handphone aku vibrate. Malas nk angkat klau x penting. Lepas kelas jer, aku tgk number dia (courier), pastu aku pun call balik. Aku tanya, "kat mana?" Dia jawab "on the way." ok. "nanti smpai gitau ek".
Then...aku tunggu punya tunggu...tgk jam dah pkul 12. aku igt die dah nk smpai. Smpai lah pkul 2. Aku call.. x angkat. Aku try la call lagi..lagi...dan lagi.. yet, no respond. Ades!..kata tengah hari..sekarang dah nk ke tepi dah hari ni.. pkul 5. Ni dah melampau ni. Ni yg buat aku rasa 'bengkek' jer.. Aku pun try la sms, tya dia kat mana. x reply plak. Aku dah panaaass sangat2..mulalah aku dok bersyarah sesorang. Bla..bla..blaa... klau dah tau xleh nak dtg, cakap ar xleh. xyah susahkan org. Bla..bla..bla..
* * *
On the next day, aku try sms dia.. yes!! ada reply! aku pun baca :
{sori bro, semalam ayah masuk spital. so, xleh nk hantar brg. Barang tu dah bagi kt member suh die htr}
Aku terkesima kejap..siannya..xbek aku cakap gitu semalam. Tetiba jer perasaan yg len dtg, kot yer pun ayah masuk spital, respond la customer punya call. Klau aku call sekali x angkat, xpe la. Maybe time tu die busy. Tapi byk kali gak la call & sms..nasib bek die reply yg last tuu.. & tetiba jer rasa kesian tuu terpadam. Bukan sesaje xnk simpati pada nasib org lain, tapi aku tertanya2 lah juga, klau btol ayah dia masuk spital, mesti ar die kena inform kat headquarter dulu..mane bley sesuke ati jer g terjah spital & ponteng kerja. Itu namanya tanggungjawab terhadap tugasan. klau dah report kt HQ, xkan la dorg buar dunno & selamba badak jer terhadap semua brg2 yg perlu di-deliver pada hari tu. At least, call la customer ni, yg tgh tggu dari semalam x smpai2 barang. Sepatutnya dorg kena amalkan sikap 'profesionalisme' dalam tugasan, apatah lagi yg melibatkan pihak ketiga. Inilah org kata, kemudahan kelas pertama, tapi minda di tahap ke3.. Bukan nk kutuk tapi realistiknya, inilah dia. Klau syarikat kecil, aku bley r kasi can en..tapi, syarikat ni, klau aku tulis kt cni, confirm korg semua tau. xnk jatuhkan sesape.. then, aku call no. yg dia bagi. Dia ckp hari tu xleh nk deliver brg aku tuu coz die dah ada byk brg yg belum dihantar. ok, aku sabar jer coz mmg brg tu bukan tugas dia yg sebenarnya. tugas org lain.
Few days later....(time ni, aku dah smpai umah..tgh holiday)...
aku call telco tu, tya dia bile nk smpai simcard yg aku tggu2 slama ni. Time tuu la aku gtau yg courier tu x menepati janji..bla..bla..segala mcam x puas hati aku bgtau kt dia. Then aku gtau la aku dah ada kt rumah & bukan di PJ lagi. Die ckp dlm 2,3 hari lagi smpai lahh.. aku bermonolog "iyer laa tuu". Then, lepas jer 2,3 hari aku dpt panggilan dari courier tuu. Dia nk hand-in barang aku. Ttibe plak rasa bgga bile dok Kelantan ni. Efisien btol lah kat cni.. (ttbe rasa mcm nk puji, coz brg yg sepatutnya dpt dlm masa 2,3 hari dari tarikh pembelian, menjadi berminggu2 lamanya)
Selang beberapa hari, aku dpt call dari courier survey. Dorg buat mcm ni coz nk tahu sejauh mana kepuasan hati pelanggan terhadap servis dorg. Bagus gak dgn apa yg tjadi ni. Alang2 dah tanya, aku pun bgtau jer start A sampai Z... pastu die tya, nk kasi brapa bintang..klau ikutkan nafsu, nk jer bagi 'negatif 5' star.. tapi, dek nk menjaga hati, aku pun bagi la 3..setengah.. (ada jugak setengah kerana kesian die penat2 call).
moral of the story : kekadang aku rasa ditipu
hmm..dahsyt!! nseb bek sampai jgk barang tu walaupun berminggu2 ek..=) cite ni mengingatkan saya 2 cite yang saya alami dalam mase 1 ari..cite ni membuatkan saya sukar nak percayakan org walaupun org tu baek ngan kita sekalipun..so apatah lagi yang kita xknl en..moral of the story is control your curiosity utk try smthing new tu..cz kadang2 ia menyakitkan..juz sharing~
ReplyDeletekes 1 ni bkn salah telco tuu, tapi mybe salah si delivey-boy tuu yg lepaskan tanggungjawab camtuu jer.. sy percaya la sbb ia membabitkan nm syarikat. klau perseorangan tuu mmg sukar nk pcaya lagi2 bisnes cam ni..
ReplyDelete