"Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan" ( Al-Insyirah : 5)

Friday, May 28, 2010

Ada Apa Dengan BUDU???




Entri kali adalah berkisar mengenai hal pemakanan , Budu, iaitu sejenis sos yg selalunya dimakan dengan hidangan nasi cukup digemari dan sinonim oleh sebahagian besar penduduk pantai timur amnya, dan Kelantan khususnya. Kandungan utamanya adalah diperbuat daripada pati ikan bilis. Melalui kajian yg dilakukan oleh pakar pemakanan berkhasiat dari Jepun, Amerika, Australia dan Jerman, Budu didapati mempunyai perlbagai kelebihan, sebahagiannya termasuklah :

1) Memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (imunisasi) yg dapat memerangi perlbagai penyakit berbahaya dan mampu menghalang kanser.

2) Berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat awal.

3) Mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

4) Memiliki zat gizi yg lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubub berbanding jenis protein yang lain.

5) Mampu mengatasi masalah kanak2 yg menderita penyakit diare akibat kurang zat pada tubuh. 

6) Merangsang sel2 otak dan memperkukuh ikatan di antara neuron2 serta menguatkan neuron2 yg lemah.

7) Membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak2 dan org dewasa.

8) unsur genestein dan phytoestrogen yg terdapat, mampu mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara.

9) Pengambilan sebanyak 150gm sehari selama 2 minggu dpt menurunkan kadar kolestrol.

10) Mempunyai kandungan protein dan serat yang tinggi.


p/s: jadi ape korg tggu lagi? Minumlah BUDU sebelum terlambat..hehehe :p

Tuesday, May 25, 2010

"Ustaz, syubhahkah menyertai Facebook?"

 

1. Bolehkah menggunakan produk ciptaan Yahudi?
Kesimpulannya, dibenarkan untuk umat Islam membeli, menjual, mengguna pakai produk ciptaan bukan Islam termasuk Yahudi selagi mana ia dalam ruang lingkup yang halal. Nabi Muhammad SAW juga diriwayatkan dalam hadis sahih berurusan dan membuat transaksi jual beli juga cagaran dengan seorang Yahudi iaitu: “Sesungguhnya Nabi SAW membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh, dan mencagarkan baju besi baginda.” ( Riwayat al-Bukhari, no 2326, 2/841).
2. Apa maksud penyoal dengan ayat 'menyumbang kepada bangsa Yahudi'? 
Jual beli Muslim dengan seorang Yahudi hingga memberikan keuntungan kewangan kepada dirinya tidak bermasalah sama sekali di sisi Islam, malah Rasulullah SAW dan sahabat banyak yang berjual beli dengan Yahudi di Madinah. Cuma persoalannya adakah ia bermaksud menyumbang kepada keganasan Yahudi Zionis? Sejauh mana kebenaran dakwaan itu? Adakah sebarang bukti jelas atau hanya bersandarkan kepada latar belakang peribadi si pengasas?

3. Adakah penyaluran dana kepada individu Yahudi atau khas ditujukan kepada proses penjajahan tanah Palestin?
Begini, jika ternyata daripada sumber yang sahih, jelas lagi pasti, sesuatu transaksi jual beli kita memberikan keuntungan kepada organisasi Yahudi yang hasil pendapatannya digunakan untuk proses penjajahan haram, keganasan dan serangan ke atas umat Islam, barulah hukum HARUS berubah menjadi HARAM menurut sepakat ulama. Dalam konteks Facebook, ia masih kekal tidak jelas kerana hampir semua penulisan yang membantah Facebook tidak menyertakan bukti jelas berkaitan hal itu. Semuanya membuat andaian itu dan ini sedangkan andaian semata-mata tidak boleh mengubah hukum asal keharusan kepada haram. Ia sekadar mengajak kita untuk berhati-hati dan peka. Malah majoriti pengguna Facebook tidak melakukan sebarang transaksi kewangan dengan syarikat itu kecuali yang menyertai skim ditawarkan (ini memerlukan perbincangan berasingan).

Jika ada pula yang mengarahkan saya membuat kajian dan mencari bukti itu sebelum memberi pandangan berkenaan status hukum, boleh saya katakan, kajian sudah dibuat dan kami gagal menemui bukti untuk menyokong andaian pihak yang membuat andaian. Jika dikatakan: “Bukti bertulis tentulah dirahsiakan oleh pengurusan Facebook dan mereka memberikan sumbangan secara senyap,” maka jawapannya, Islam tidak memberatkan kita untuk membuat andaian dalam hal seumpama itu. Jika andaian sedemikian masih ingin digunakan, kelak ia mengakibatkan kesukaran berat (mashaqqah) buat seluruh umat Islam pada banyak perkara juga aktiviti lain.

Ini kerana, larangan dan andaian juga akan terpakai buat semua penjual bukan Islam iaitu yang beragama Hindu, Kristian, Buddha dan sebagainya. Penjual terbabit juga boleh diandaikan menyumbang kepada gerakan melawan Islam secara senyap, akhirnya, kita terperangkap dengan kekerasan fatwa kita sendiri hingga bermusuh dengan semua tanpa bukti jelas. Oleh itu, selagi tidak disertakan dan tidak mampu dihadirkan bukti bertulis, selagi itulah hukumnya adalah HARUS untuk berjual beli dengan penjual atau syarikat milik Yahudi. Jika berjual beli pun dibenarkan, apatah lagi sekadar membuka akaun Facebook. Cuma mungkin keharusan berurusan dengan barangan Yahudi, boleh menjadi makruh atau syubhah di ketika wujudnya peperangan dan serangan ke atas umat Islam. Ini memerlukan penelitian satu persatu.


4. Hak peribadi pengguna Facebook dijajah?
Ini mungkin ada benarnya, selepas saya menghabiskan bacaan polisi hak peribadi yang terkandung di dalam web Facebook, ia memberi gambaran bahawa gambar, maklumat dan segala yang terkandung di dalam Facebook kita boleh wujud juga di akaun Facebook orang lain yang dikongsi dan saya yakin pihak Facebook juga mempunyai simpanan data terbabit. Walaupun begitu, ia sekali lagi tidak cukup kuat untuk sampai menjadikan penggunaan Facebook sebagai haram. Apa yang perlu adalah kawalan dan had

KESIMPULAN
Saya tidak berhasrat untuk menyenaraikan satu persatu baik dan buruk penggunaan Facebook, cuma apa yang ingin saya nyatakan sebagai kesimpulan adalah seperti berikut:

1. Hukum membuka akaun dan menggunakan Facebook adalah HARUS selagi tidak terbukti ia menggunakan pengaruh dan keuntungannya untuk menyerang Islam atas nama Facebook sama ada melalui dana kepada Yahudi, Amerika Syarikat dan lainnya.

2. Bagi mereka yang masih tidak selesa dengan latar belakang pengasas dan syarikat Facebook, mereka dinasihatkan TIDAK MEMBUKA DAN MENYERTAI FACEBOOK. Mereka boleh terus memberi nasihat kepada pengguna Facebook supaya sentiasa berhati-hati namun tidak boleh dengan sewenangnya menuduh pengguna facebook melakukan perkara haram.

3. Bagi mereka yang ingin mengambil sikap lebih berhati-hati mereka disarankan:


a. Memanipulasi akaun Facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Ruang yang ada wajar digunakan untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.

b. Hadkan dan kurangkan perbincangan soal remeh temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.

c. Tidak sehingga berkongsi terlalu banyak gambar peribadi (khususnya bagi wanita) sejak zaman kanak-kanak tanpa had kerana ia bakal membawa mudarat berbanding manfaat, kerana ia akan kekal di Facebook orang yang dikongsi dan juga syarikat facebook itu sendiri.

d. Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif khususnya seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya. Cukuplah sekadar menyertakan nama, tarikh lahir dan pendidikan.

e. Tidak terbabit dengan permainan dan aplikasi yang dijangka bercanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

f. Tidak mempercayai tilik moden seperti rahsia tarikh kelahiran dan sepertinya yang terkandung dalam aplikasi percuma Facebook. Sama ada atas dasar 'main-main' atau sebagainya.

g. Menyedari bahawa maklumat kita di Facebook boleh menjadi pangkalan data pihak asing untuk memantau kehidupan dan maklumat peribadi kita jika tidak dikawal. Pangkalan data sebegini sebenarnya amat bernilai dan sukar ada satu organisasi di dunia ini yang mampu menyimpan maklumat manusia sebagaimana Facebook. Hatta, parti politik masing-masing pun tidak mempunyai maklumat ahlinya yang sebegitu terkini sebagaimana Facebook. Justeru, maklumat sebegini amat banyak gunanya untuk sebarang tujuan kejahatan dan ketamakan. Jika itu semua dapat dijaga dan disedari, saya kira mengguna Facebook adalah kekal dalam hukum HARUS atau DIBENARKAN, malah jika ia lebih banyak digunakan untuk kemaslahatan Islam, ia DIGALAKKAN. Jika terdapat unsur syubhah sekalipun, ia diatasi oleh manfaat yang disebarkan melalui Facebook itu.

(sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HukumsertaiFacebook/Article/indexp_html)

Monday, May 24, 2010

12 AURAT WANITA!!

Entri kali ini, saya ingin share ckit dgn anda semue terutama kpd golongan hawa, kaum adam pun boleh jer nk baca coz nt korg juga yg jadi pembimbing kaum hawa kelak. Mybe korg dah tau, tapi x salah rasenya klau refresh balik memory, clear ckit kan... 
*          *          *



1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng……

3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. (Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.)

wallahu'alam...
 "  Cantik wanita kerana kejernihan wajah, 
Manis wanita kerana senyuman yg indah, 
Ayu wanita kerana kesederhanaan lahiriah, 
Hebat wanita kerana keimanan yg teguh"

Saturday, May 22, 2010

It was only a DREAM!

what will i tell u guys is not a reality..but, it just for your entertainment! =P
 *          *          *


 I was about to go to my former school. I was waiting for a train to arrive. At that time, i felt that i was a bit late..i was in hurry. Then, 2 trains arrived. I got confused, which train should i take coz my ticket showed that it was train A. The trains showed no signs, neither A nor B. After a few sec, both trains started to depart. I was numb! What a world??! Why the trains took just a few sec for the passengers to embark them? So, i was left behind with full of questions in my mind. Nervousness overwhelmed me as it was the only transportation which was available at that moment. Then, i went to the counter to ask whether they had any suggestion to ensure that i would arrive at my destination on that day. I asked them why the trains just stopped for a few sec..They answered me, "it was your problem". What??! I was so disappointed with the answer. But then, they asked me whether i still want to take the train. I said, "yes". They replied, "give me some cash to get you to the nearby station. i bet we would arrive there at the time the train does". Without further thinking (because i was afraid if i missed the train), i agreed!

Luckily, i arrived earlier than the train. I rushed to the gate near the railway, to ensure that i would easily get the train. I dont know what was really happened, i saw DAFI with a crowd of my friends. Huh?? "What is he doing here?", i thought. Who is Dafi? He was the AF boy. I shake hands with him like we were friends. Even in reality i dont even know him a lot. lolz! After i met my friends, i was walking to get a view of the surrounding. Then i knew that my former school had provided us a free-ticketing bus from that place to the school. What a freak?!! I dont even notified about this before. I had to make a decision whether i still want to travel alone in the deck or travel together with my friends in the bus. Yeah, i made the decision to travel with my friends... On the bus, i had to seat with 3 friends on a double-seat! Could you imagine it?? It was suffocating me either. Yet, it was a fun journey. What the heck??!

Out of the blue, i remembered that my bags were in the deck! Gosh!! 'i have to get it somehow'... then, i called Miley about the stuff. Which Miley?? Yeah, that Miley! MILEY CYRUS! She was my friend. And she was in the coach! I called her as if we were close friends since the childhood age. I told her about my bags and asked to get it in the deck. She was so easy-going person!

 At the time i arrived, the train was there too. Quickly, i got into the train. I found that she (Miley Cyrus), who was wearing kindda hooded shirt, was trying to get my bags. What was freaking me out was...there was a guard to secure my deck. Huh??! Who am i? Am i a VVIP?? who need a bodyguard to secure my place? Pretty nonsense!! I entered the deck and made a conversation with the guard. Luckily, i got my bags back. That was not the ending...

 Just before i want to get out from the deck..ERIC was coming into the deck. Who is Eric?? He was the one who hosted the TV Program eg : Casa Impian. Yeah, he was there! How lucky i am to meet him at that place, at that time. Without a long thought, i asked him some tips on how to make stylish decorations. Blah..blah..blah... Then, i ended the conversation. What a journey for today! tsk... before i stepped out from the train, i was amazed my the surrounding. The surrounding was like a set in classic English movies. The scenery was so serene and the town was so 'old-school' type... i like this!

 i dont really know how the dream was ended. But, that was it. The most shocking part was where i could meet Miley in such a way! hahaha... Hope u were entertained!

 moral of the story : basuh kaki before masuk tidor yer...

 

Sunday, May 16, 2010

Prank CALL a.k.a Panggilan HANGIT!

Mr. x : Hello, may i speak to Mr. Khairi
 Kecik : Yes, speaking here. Who is there?
 Mr. x : Im Mr Zamran from *** airlines. According to our database, you haven't completed your payment.
Kecik : What?? Are you sure? 
 Mr. x : Yes sir. Let me re-check your itinerary. (after a few sec). Sir, your name is Mr. Khairi Bin Ab*** M*****. You have booked a journey to Egypt on 22/**/2009. Are those data correct, sir?
 Kecik : Yes. But, I paid it already. Im pretty sure about that.
 Mr. x : Sir, based on our system, your payment detail shows nothing. It means that, you haven't paid anything yet.
 Kecik : Are you sure?? (a bit nervous)
 Mr. x : Yes sir. You should better to settle it as soon as possible. Or it may cause a lot trouble to you in future.
 Kecik : But...err.. i had...hmm.. already.. (sad voice)
 Mr. x : Sir, calm down. Do you have CIMB bank? Mybank? or any bank that could make online transaction?
 Kecik : I dont have one.
Mr. x :  Let see. Do you know this name..Mr. Usher? I think he could help u.
 Kecik : What???!!
 Mr. x : Gotcha!! You got it kecik! You have been pranked!! 
 Kecik : Kuang ajo!! ^%$^%^!!

 {credit to kecik for answering the phone. im sorry for making you worry to death at that time. Luckily, it just a prank. Later, u will remember this moment whenever we are afar. This is for you:}

  
 for my beloved friends :
 Sometimes i want to shout to the whole world how lucky i am to have you as my friend but sometimes i want to hush...afraid that somebody might take you away from me.

Wednesday, May 12, 2010

Goodbye xm5800 - Good to 'have' U!

xm5800? apa tuu? itu adalah salah satu model handphone Nokia (kpd sesape yg xtau). Aku baru jer jual tadi menerusi Mudah. Itu pun selepas beberapa hari aku buat advertisement dkt page Mudah. Mmg convenient sgt2 'coz, website ni senang klau nk trade ape2 barang including hartanah and vacancies. Sbb tu aku letak dlm list favourite trading places. Klau x, xde maknanya aku nk letak sesaje. Ok, bior eden 'story' ckit :

 *     *     *

 Sbnrnya dah lama nk jual phone ni, sebab ntah la, aku rasa mcm x ssuai plak bila aku gune touchscreen phone. xtau la kenapa. Maybe sbb sensitif sgt kot. Iye laa, klau nk taip msj, kene tekan btol2 'coz die kan flat  jer..so, lau x pandang, mmg xleh msj. Aku klau sms, malas nk pandang2 screen..ceewah! Tapi phone  applications mmg aku respect abis! Mmg syok gune. Tambah2 dgn pelbagai audio & video format yg leh dimuatkan ke dalam mende alah tu. Lama jugak la fikir, tapi disebabkan mglami kesulitan dlm pengendalian skrin sesentuh, dgn sebulat suara, hati aku berkata "it is a-must-sell-item".. :P  

Ada seorg customer yg call aku & kata lah yg dia ni btol2 minat nk bli (sbb kt ad tu aku tulis siap dgn huruf besar agi 'FOR SERIOUS BUYER ONLY!'...patutlah dia bersungguh2 meyakinkan aku. Kelakar x? Then, proses tawar-menawar berlaku mnerusi sms & panggilan. Pada mulanya, aku letak hrga yg aku rasa ok, sbb mende alah tu drpd avaxx, (means-it is originally made from it's distributor). Dia ada tawarkan satu harga yg pada aku, agak rendah. Aku kata, "nyaknyo laa kawe gni gak, bare molek agi ni", (kesian la kat aku sbb barang ni ok lagi). Dia kata, xpe la gitu. Dengan msj yg agak sedih & mencabar pendirian aku sbg penjual, dia kata "xpo la gitu gak, dale 2,3 hari lagi ado la tu ore lain nok jual". Dengan kredibilti aku yg boleh dikatakan ala2 businessman gitu..aku menjawab "ok". Simple & humble. :p

Aku igtkan dah bukan rezeki aku nk jual, so, biarlah kan. Nk buat mcm mn. After 2 hari, aku dpt msj. "demo ado lagi x handphone tu?"...ada2 - aku reply. Haih, mcm sireh pulang ke gagang plak rasenya. Die kata dia nk bli. Then, aku pun turunkan harga sikit. Kesian plak aku dengar die ckp yg die ni akan masuk U nt, so xleh nk spend duit byk2 sgt. Ok lah klau gitu, aku pun buat market strategy : Fullset-RMxxx. Without charger-RMxxx. (kebetulan mmg aku xde charger). So, die pun nk amik la yg xde charger tu. Aku buat cara COD (cash on delivery) sbb aku rasa cara ni antara yg selamat setakat ini. Dia cakap nk jumpa aku kt depan KBMC ( sebuah hospital swasta)...aku pun pelik, nape la die nk jumpe kt situ? Jumpa la kat food court mana2 en..senang ckit nk berurusan nt. Die kata die loghak (tergesa2). Oh, ok. 

 Aku pun drive la menuju ke destinasi itu, die kata die bawa kete iswara hitam. So, tgh2 bez aku drive terpandang la kete tu. Mmg btol2 dpn KBMC. Lalu, aku pun belok kiri & reverse ckit (ala2 filem hollywood). Pastu dia dtg kt aku, so, berlaku lah proses jual-beli. 
"Bla...bla.. bla?..bla..bla.. oh,,bla..bla..bla!"
Lepas je urusan tu, aku pun memecut (tp xde la laju sgt) meninggalkan customer tadi. Time aku tgh drive, aku pun terfikir...aik? nape plak aku yg loghak ni? sepatutnya die yg tergesa2.. Time urusan jual-bli tadi pun aku cakap laju2. Aku ni dah tersalah menjiwai watak agaknya..Nervous kot 'coz first time buat bisnes ni...ceeeh! Aku pun terperasaan, aku terlupa nk buat proper akad dlm bermuamalat. Smpai rumah, aku text coz him, kata aku minta maaf tlupa nk buat akad. 
  
 So, persoalannya, adakah sah dari segi hukum berdasarkan senario muamalat diatas??

Jawapannya : akad ini termasuk dlm rukun jual beli. Mmg kena ada dlm sesuatu muamalat. Tapi, klau kita
                      terlupa nk kata 'saya jual','saya beli' pun, dikira tidak mengapa kerana kita dah bayar. Bayar 
                      itu pun sudah menunjukkan kerelaan penjual-pembeli utk menukar milik. Klau diikutkan ada 3 
                      cara akad :
  1) lisan (cth : dgn mgtakan sy jual-sy bli)
 2)utusan@tulisan
 3) perbuatan : tanpa ijab&kabul (cth: byr kpd cashier)

p/s: credit to my friend for giving the above answer. (suka la tu)
 moral of the story : walau apa pun hal kehidupan yg kita buat, mesti lah berlandaskan hukum Allah. Wallahu'alam.



Realistiknya Kehidupan

 Apa yg akan aku tulis ini adalah berdasarkan pengalaman yg aku sdiri lalui...like saying goes, "based on the true story". Apa2 peristiwa yg tertulis di sini, aku tidak berniat utk mengaibkan sesiapa, jauh sekali utk menjatuhkan mereka. Segala rentetan hanyalah utk dikongsi kpd anda semua utk mengkaji dan menganalisis berdasarkan pemikiran rational & kewarasan masing2. Supaya apa yg telah berlaku menjadi iktibar kepada anda smua dan renungkan akan betapa bijaknya hidup ini. Yg baik dijadikan teladan, yg buruk dijadikan sempadan.


KES 1:

Dulu, salah sebuah telco ni ada buat promotion. Boleh dikira syarikat ini masih baru dan menjadi brainchild kpd salah sebuah telco yg terkenal di negara ni. Promosi dia: cakap lama2 tapi bayar mmg murah abis! Aku pun, apa agi..mcm bez jer kan..aku pun nk try ah jugak. xtau kenapa padahal telco yg aku guna skg ni dah ok. Sesaje gatal2 tangan nk try something new. Perhaps, tu salah satu sebab la. Sebab yg len, simcard telco ni leh dibeli secara online, tu yg bez tuu..xyah susah2 aku nk g cari kt kedai2 yg blum tentu leh jumpa. 
Then aku pun fill-up lah segala kejadah personal details yg ada. Biasalah. Procedure nk beli secara online mmg gitu. Pastu dia kata lah maybe dlm 3 hari bekerja smpai la kat aku. Ok. 
Lepas 3 hari... 
aku dpt call, courier tuu tanya aku kt mana. Aku pun cakap lah kt PJ. CFS. (time tu tgh sem3 kot). Aku tanya pkul brapa bley smpai? Dia jawab dlm tengah hari.  Dia suh aku tggu. Aku jawab, "mana boley bro, sesuka ati je nk tggu..ada kelas ni. Klau smpai call jer, ok?". Ok-dia jwab. Dalam kelas, handphone aku vibrate. Malas nk angkat klau x penting. Lepas kelas jer, aku tgk number dia (courier), pastu aku pun call  balik. Aku tanya, "kat mana?" Dia jawab "on the way." ok. "nanti smpai gitau ek". 
 Then...aku tunggu punya tunggu...tgk jam dah pkul 12. aku igt die dah nk smpai. Smpai lah pkul 2. Aku call.. x angkat. Aku try la call lagi..lagi...dan lagi.. yet, no respond. Ades!..kata tengah hari..sekarang dah nk ke tepi dah hari ni.. pkul 5. Ni dah melampau ni. Ni yg buat aku rasa 'bengkek' jer.. Aku pun try la sms, tya dia kat mana. x reply plak. Aku dah panaaass sangat2..mulalah aku dok bersyarah sesorang. Bla..bla..blaa... klau dah tau xleh nak dtg, cakap ar xleh. xyah susahkan org. Bla..bla..bla.. 

*       *       *
On the next day, aku try sms dia.. yes!! ada reply! aku pun baca : 
{sori bro, semalam ayah masuk spital. so, xleh nk hantar brg. Barang tu dah bagi kt member suh die htr}
Aku terkesima kejap..siannya..xbek aku cakap gitu semalam. Tetiba jer perasaan yg len dtg, kot yer pun ayah masuk spital, respond la customer punya call. Klau aku call sekali x angkat, xpe la. Maybe time tu die busy. Tapi byk kali gak la call & sms..nasib bek die reply yg last tuu.. & tetiba jer rasa kesian tuu terpadam. Bukan sesaje xnk simpati pada nasib org lain, tapi aku tertanya2 lah juga, klau btol ayah dia masuk spital, mesti ar die kena inform kat headquarter dulu..mane bley sesuke ati jer g terjah spital & ponteng kerja. Itu namanya tanggungjawab terhadap tugasan. klau dah report kt HQ, xkan la dorg buar dunno & selamba badak jer terhadap semua brg2 yg perlu di-deliver pada hari tu. At least, call la customer ni, yg tgh tggu dari semalam x smpai2 barang. Sepatutnya dorg kena amalkan sikap 'profesionalisme' dalam tugasan, apatah lagi yg melibatkan pihak ketiga. Inilah org kata, kemudahan kelas pertama, tapi minda di tahap ke3.. Bukan nk kutuk tapi realistiknya, inilah dia. Klau syarikat kecil, aku bley r kasi can en..tapi, syarikat ni, klau aku tulis kt cni,  confirm korg semua tau. xnk jatuhkan sesape.. then, aku call no. yg dia bagi. Dia ckp hari tu xleh nk deliver brg aku tuu coz die dah ada byk brg yg belum dihantar. ok, aku sabar jer coz mmg brg tu bukan tugas dia yg sebenarnya. tugas org lain. 


Few days later....(time ni, aku dah smpai umah..tgh holiday)...
aku call telco tu, tya dia bile nk smpai simcard yg aku tggu2 slama ni. Time tuu la aku gtau yg courier tu x menepati janji..bla..bla..segala mcam x puas hati aku bgtau kt dia. Then aku gtau la aku dah ada kt rumah & bukan di PJ lagi. Die ckp dlm 2,3 hari lagi smpai lahh.. aku bermonolog "iyer laa tuu". Then, lepas jer 2,3 hari aku dpt panggilan dari courier tuu. Dia nk hand-in barang aku. Ttibe plak rasa bgga bile dok Kelantan ni. Efisien btol lah kat cni.. (ttbe rasa mcm nk puji, coz brg yg sepatutnya dpt dlm masa 2,3 hari dari tarikh pembelian, menjadi berminggu2 lamanya)

Selang beberapa hari, aku dpt call dari courier survey. Dorg buat mcm ni coz nk tahu sejauh mana kepuasan hati pelanggan terhadap servis dorg. Bagus gak dgn apa yg tjadi ni. Alang2 dah tanya, aku pun bgtau jer start A sampai Z... pastu die tya, nk kasi brapa bintang..klau ikutkan nafsu, nk jer bagi 'negatif 5' star.. tapi, dek nk menjaga hati, aku pun bagi la 3..setengah.. (ada jugak setengah kerana kesian die penat2 call).
  
 moral of the story : kekadang aku rasa ditipu

Tuesday, May 11, 2010

Ini Aku

Assalamualaikum...

 Kini aku kembali ber-blogging, setelah mengambil masa yg agak lama utk berehat seketika even aku sdiri xtau entah apa alasan utk aku berehat drpd update blog ni. Mungkin juga kesibukan kehdupan duniawi merencat aku daripda aktif mengisi page2 yg kosong. Mungkin juga jerit perit kehidupan meralatkan aku drpd terus berkongsi tentang inti kehidupan sebenar.



                                              *                       *                            *

  Setelah puas aku dilamun kegelisahan, akhirnya dpt jugak offer letter. Pernah dulu aku berangan2 nak jadi seorng medical practitioner, tapi Dia yg Maha Menentukan segala sesuatu utk hamba-Nya. Aku hanya merancang, Dia yg tentukan. Walau mengalir air mata darah sekalipun, xkan masa dapat di putarkan. Kehidupan di depan adalah jauh lebih penting drpd kehidupan semalam. Aku redha. Walau payah sekalipun untuk aku redah, aku yakin Dia bersamaku. Dia tahu apa yg terbaik untukku. Walaupun begitu, aku mengambil masa yg panjang utk menerima seadanya. Aku sering bertya "kenapa?"... Jarang sekali aku menjawab "bagaimana?".. sudah tentu persoalan itu xdpt diselesaikan. Lalu aku bangkit bersama sisa2 kudrat yg ada untuk menjalani kehidupan hari esok. Luka itu mungkin sembuh jikalau dizahirkan, namun, secara batinnya masih ada kudis yg belum dpt dirawat. Mungkin segala keperitan selama ini terjawab, malah ubat2 yg mujarab pasti ada pada hari esok. Siapa tahu?? Aku tinggalkan persoalan ini disini, mungkin pada hari lain, akan terjawab jua...



                                                       

U also may like:

Related Posts with Thumbnails